Thursday, April 11, 2013

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

BAHASA
MELAYU

PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa
Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.
Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan
kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini
membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa
murid. 
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum

Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan
organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran
Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.
Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan
Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian
Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu
hingga tahun enam.


MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan
urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
murid dapat:
i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
pelbagai situasi;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina
budaya pembelajaran berterusan;
vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
dan menulis;
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera
dan karya berunsur ilmu; dan
x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil
Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil
Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan
disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.


Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar
dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta
idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat
dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan
perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian s
ituasi dan




konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang
jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu
menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil
pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih
kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan
berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil
Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan
yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat
membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil
Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan
penilaian pencapaian murid.
Sistem Bahasa
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,
kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan
sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan
istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan
perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah,
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,
pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat
diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan
nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan
matlamat negara membangunkan masyarakat madani.
5I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid
memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai
situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal.
Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih
mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek
sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.
Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah
berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak formal
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan
kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan,
ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan
tentang sesuatu perkara.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan
meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang
sesuai untuk menguatkan permintaan.
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang
tersurat dan tersirat.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan
transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan.
62.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca , atau dialami
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta
sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang
sesuai dan tepat.
3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang
mudah, betul, menarik, dan berkesan
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur
ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang
meyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam
aktiviti yang terancang.
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
bertatasusila
4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat
tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat ,
dan tersusun.
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang
disampaikan oleh pihak lain.
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau
menentang sesuatu pendirian dengan memberikan
alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang
terancang.
4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak
pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi
mencapai kata sepakat.
7II. Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan
sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan
kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara
kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk
memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi
kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat ,
menaakul , dan menghayati teks.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi,
dan gaya pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat
dalam pelbagai teks
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk
maklumat daripada internet.
6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi
sampingan daripada teks.
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk
mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
86.5 Membaca pantas secara imbasan untuk
mendapatkan maklumat khusus.
6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau
maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.
7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks
yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks
yang tersurat dan tersirat.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai
jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera
dan bukan sastera yang dapat membawa kesan
tertentu kepada pembaca.
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera
dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan
dan memperkukuh minat membaca.
III. Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi
yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan
hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan
ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah
digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah
keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat
dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif, dan membuat ulasan.
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
ayat majmuk.
98.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai
yang kemas.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian
berdasarkan sesuatu perkara.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana
yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah
karangan.
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan
karangan.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
bahan yang didengar atau dibaca.
9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil
daripada bahan yang didengar atau dibaca secara
kohesif.
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)
termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang
didengar dan dibaca.
1011
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton,
atau dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan
perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari
segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai
dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat
yang disampaikan oleh pihak lain.
SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan
diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan
berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan
sintaksis.
1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur
kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.12
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek
morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang
berikut:
a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi
 i. kata asli bahasa Melayu
 ii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata majmuk
iv. kata ganda
• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat
kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh
itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek
penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan
makna.
c. Golongan kata
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna,
bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan
adalah seperti yang berikut :13
a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa,
dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek
dan predikat,
b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
dan ayat seruan,
c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,
d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,
e. binaan dan proses penerbitan ayat:
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan
f. aspek tanda baca
2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
i. pola keselarasan huruf vokal
ii. ejaan kata pinjaman
iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan
3.0 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan
jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti
dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi
supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan
tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah
sebutan bahasa Melayu baku.
i. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu
kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang
diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu
baku.14
ii. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan
mengikut pola yang berikut:
a. Jenis ayat
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat seruan
iv. ayat perintah
b. Susunan ayat
i ayat biasa
ii. ayat songsang
c. Ragam ayat
i ayat aktif
ii. ayat pasif
Nota:
* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa
pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang
menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang
selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran
peringkat sekolah rendah.
5.0 Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa
kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan
hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni
masyarakat Malaysia.15
PENGISIAN KURIKULUM
Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada
pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme,
dan kontekstual.
1.0 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya
ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat
digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah
untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.
Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi
mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah
negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan
tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman
di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.
3.0 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan
semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu,
pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.16
4.0 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi
kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang
diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
5.0 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik
darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid
serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu,
kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar
memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.
Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di
bawah.
5.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan
dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan
idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
masa depan.
5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu
diajarkan kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan
mengakses maklumat melalui internet.5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada
murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran
yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk
menghadapi dunia yang sering berubah, dan
mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
5.4 Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran
untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau,
masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat
membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat
manfaat yang maksimum.
5.5 Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
175.6 Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran
ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat.
5.7 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran
yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang
pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna
dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.








No comments:

Post a Comment