Sunday, April 28, 2013

belajar dari ulat


Bagi penggemar tanaman atau yang memiliki hobi berkebun, seringkali menemukan binatang yang menjengkelkan, dimana dedaunan muda yang tumbuh segar, 
menjadi tak beraturan dan bolong-bolong bahkan habis dan tinggal tangkainya saja. Ternyata setelah kita perhatikan ada hewan yang biasanya berwarna 
hijau, sehijau dedaunan untuk kamu flase, binatang tersebut adalah ulat.
ulat daun

bahagia itu pilihan


Pada suatu zaman di Tiongkok, hiduplah seorang jenderal besar yang selalu menang dalam setiap pertempuran.
Karena itulah, ia dijuluki "Sang Jenderal Penakluk" oleh rakyat.

Suatu ketika, dalam sebuah pertempuran, ia dan pasukannya terdesak oleh pasukan lawan yang berkali lipat lebih
 banyak. Mereka melarikan diri, namun terangsak sampai ke pinggir jurang. Pada saat itu para prajurit Sang Jenderal menjadi putus asa dan ingin menyerah kepada musuh saja.
bahagia itu pilihan

apa erti hidup?


ernahkah Anda bertanya kepada diri Anda sendiri; Apakah arti hidup ini? Saya dengar, banyak orang yang memiliki pertanyaan serupa itu. Namun, saya tidak begitu yakin jika setiap orang berhasil mendapatkan jawaban yang sama atas pertanyaan itu. Jadi, bagi Anda sendiri; apakah arti hidup itu?
arti hidup

keseimbangan hidup


Dikisahkan, suatu hari ada seorang anak muda yang tengah menanjak karirnya tapi merasa hidupnya tidak bahagia. Istrinya sering mengomel karena merasa keluarga tidak lagi mendapat waktu dan perhatian yang cukup dari si suami. Orang tua dan keluarga besar, bahkan menganggapnya sombong dan tidak lagi peduli kepada keluarga besar. Tuntutan pekerjaan membuatnya kehilangan waktu untuk keluarga, teman-teman lama, bahkan saat merenung bagi dirinya sendiri.

Membeli Waktu


Pada suatu hari, seorang Ayah pulang dari bekerja pukul  21.00 malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu  sangat melelahkan baginya. Sesampainya di rumah ia mendapati anaknya yang berusia 8 tahun yang duduk di kelas 2 SD sudah menunggunya di depan pintu rumah.  Sepertinya ia sudah menunggu lama.
“Kok belum tidur?” sapa sang Ayah pada anaknya.
Biasanya si anak sudah lelap ketika ia pulang kerja,  dan baru bangun ketika ia akan bersiap berangkat ke kantor di pagi hari.
“Aku menunggu Papa pulang, karena aku mau tanya berapa sih gaji Papa?”, kata sang anak.
“Lho, tumben, kok nanya gaji Papa segala? Kamu mau minta  uang lagi ya?”, jawab sang ayah.
“Ah, nggak pa, aku sekedar..pengin tahu aja…” kata anaknya
.

gambar-gambar motivasi anda






Saturday, April 20, 2013

MENJAGA KEBERSIHAN AIR


? 65% hingga 70% badan manusia adalah air
? 75% daripada otak manusia adalah air
? 97% air didunia adalah air laut (air masin)
? 3% adalah air tawar dan daripada jumlah ini hanya 0.3% adalah air permukaan yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia
? Manusia hanya boleh hidup tanpa air untuk 5 – 7 hari
? Pengguna Malaysia hanya menggunakan 15 hingga 18 billion m3 (meter padu) air untuk kegunaan tahunan tetapi air hujan yang diterima di Malaysia yang tidak digunakan adalah 990 billion m3
Dalam Keadaan Ini Bagaimana Kita Menjaga Sumber Kita?

? Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Pembuangan sampah ke parit dan longkang akan sampai ke sungai atau tasik juga.
? Gunakan bahan pencuci yang mesra alam. Ini menggelakan kesan pencemaran kepada air. 
? Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam sungai menyebabkan pencemaran serta boleh menyebabkan keracunan.
? Pembuangan bahan berminyak ke dalam longkang patut dielakkan, bahan-bahan ini akan sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan senang.
? Pencemaran air boleh membunuh hidupan akuatik dan juga tumbuhan sekeliling.
? Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika aktiviti pembuangan haram atau pencemaran dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
? Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan dalam kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk dirawat untuk di minum.
? Jalankan aktiviti dengan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain. Walaupun penjagaan sumber air adalah penting, sebagai pengguna kita juga patut  menjimatkan pengunaan air yang dirawat. Penjimatan air dapat mengelakkan penggunaan kos yang tinggi untuk perawatan air.
Sumber : Berita Harian

MENJAGA KEBERSIHAN AIR

UTAMA KESELAMATAN KETIKA BANJIR


Musim tengkujuh menyebabkan banjir di beberapa negeri kebelakangan ini, menenggelamkan rumah dan merosakkan tanaman serta memaksa penduduk berpindah.
Namun, tidak semua mangsa banjir mengambil langkah berjaga-jaga memastikan keselamatan ahli keluarga terjamin, terutama megendalikan barangan elektrik.
Kita terlupa air ialah pengalir elektrik dan jika rumah ditenggelami banjir,  kemungkinan penghuninya terkena renjatan elektrik amat besar berikutan palam elektrik yang terendam atau kemungkinan ada kabel yang terputus menyebabkan arus elektrik boleh mengalir di dalam air.
Berikutan itu, sebagai langkah berjaga-jaga ketika banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB), menasihatkan orang ramai mengutamakan aspek keselamatan.
TNB sebagai syarikat ultiliti tunggal membekalkan elektrik kepada penduduk Malaysia, meminta orang ramai segera menghubungi pejabatnya yang berdekatan jika mengalami sebarang masalah atau pertanyaaan berkaitan bekalan elektrik.
Talian khidmat TNB iaitu 15454, bersedia sepanjang masa menerima panggilan orang ramai yang menghadapi masalah berkaitan elektrik ,sama ada di dalam premis pelanggan atau membabitkan talian TNB di luar. Jika ternampak tiang elektrik tumbang dan terendam di dalam air atau ada kabel talian TNB yang terputus, segeralah hubungi talian khidmat TNB bagi mengelak ada yang menjadi mangsa terkena renjatan elektrik.
Langkah terbaik apabila air memasuki rumah dan berkemungkinan menenggelamkan barangan serta punca elektrik ialah mematikan suis utama kerana ia akan menghentikan seluruh pengaliran elektrik dari talian utama di luar ke rumah.
Mungkin  ramai tidak melakukannya, sama ada terlupa atau mahu menggunakan perkakas elektrik tetapi biarlah bergelap menggunakan lampu suluh atau lilin daripada ada anggota keluarga ditimpa malang.
Elakkan mengguna perkakas elektrik sehingga dipastikan tiada punca atau kabel elektrik terendam di dalam air.
TNB menasihatkan orang ramai diminta sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan  peralatan elektrik ketika masalah banjir, dengan tidak meyentuh sebarang peralatan elektrik atau suis dengan tangan basah selain tidak menggunakan sebarang peralatan yang terendam dalam air.
Orang ramai diminta menutup semua punca bekalan elektrik termasuk suis utama jika diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara dan tidak menghampiri sebarang peralatan yang menyalurkan tenaga elektrik seperti kabel elektrik, sama ada yang masih dalam keadaan sempurna mahupun terputus atau yang berada di atas tanah.
Selain itu, TNB meminta ibu bapa mengawasi anak-anak agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau kabel elektrik yang terputus  serta tidak menghampiri kawasan yang dinaiki air hingga mencecah kabel elektrik, sama ada voltan rendah atau voltan tinggi kerana dikhuatiri masih mengalirkan elektrik.
Jika perlu berpindah, seboleh-bolehnya simpan barangan elektrik di tempat tinggi agar tidak ditenggelami kerana selain mengelak kerugian akibat perkakasan elektrik rosak, juga menjamin keselamatan apabila kembali ke rumah.
Pastikan semua barangan elektrik, termasuk peti sejuk dan mesin basuh benar-benar kering sebelum digunakan. Jika ada barangan elektrik yang kecil, seperti kipas dan pengisar ditenggelami banjir , jemur perkakas itu sehingga benar-benar kering sebelum disambung ke punca elektrik. Seelok-eloknyaminta juruelektrik memeriksa perkakas berkenaan sebelum digunakan.
TNB biasanya akan menutup bekalan elektrik ke pencawang, pepasangan dan wayar elektrik yang terjejas untuk sementara waktu sebagai langkah keselamatan dan akan hanya disambung semula setelah banjir surut dan keadaan disahkan selamat.
Sumber Maklmumat: Harian Metro

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU PERLUKAN KESUNGGUHAN


Pulau Pinang, 29 November 2012 - Usaha memartabatkan Bahasa Melayu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan njuga orang-orang Melayu sendiri.
“Golongan menengah Melayu misalnya mempunyai peranan yang besar dalam memastikan Bahasa Melayu benar-benar dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya,” kata Dato’ Haji A. Aziz Deraman, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika bertemu pemberita.
Tambahnya, tidak ada siapa pun yang menolak tentang kepentingan bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, namun Bahasa Melayu perlulah diletakkan pada kedudukannya selaras dengan Perlembagaan negara serta sebagai satu jati diri bangsa Malaysia.
Beliau mengakui bahawa usaha lebih serius semakin ketara dilakukan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia malah kita berbangga melihat Perdana Menteri sendiri menggunakan Bahasa Melayu dalam sidang-sidang Media yang diadakan di mana sahaja, terutamanya ketika berada di luar negara kecuiali untuk hal-hal yang bersangkutan dengan dasar antarabangsa, namun diharapkan juga Bahasa Melayu dapat  digunakan sepenuhnya dalam semua mesyuarat dan acara rasmi negara seperti mana yang termaktub dalam akta yang ada.
“Malangnya, yang menjadi halangan kepada usaha ini ialah tindakan orang-orang Melayu sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan Bahasa Melayu sebagai jati diri dan kedudukannya dalam Perlembagaan negara untuk mendaulatkannya dan memastikan kelangsungannya untuk negara dan generasi akan datang,” kata Dr. Fatimah Busu, seorang penulis dan sasterawan  dalam pembentangan kertas kerjanya.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak harus diragui lagi  sejak Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib 1960  dan kemudiannya Akta Pelajaran 1961 kerana kemampuannya telah lama terpamer dan usaha gigih telah dibuat yang malangnya oleh hal-hal tertentu menyebabkan ia agak terhenti seketika dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Profesor Baharuddin Salleh dari USM.
“Bahasa ini mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai statusnya sebagai bahasa ilmu melalui gabungan kerjasama semua pihak,” tambahnya lagi.
Dalam kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi, Profesor Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menekankan betapa Bahasa Melayu kini diajar dan dipelajari di pelbagai institusi pengajian tinggi di dunia termasuk Australia, Perancis, Belanda, German dan Amerika Syarikat.
“Ini menunjukkan betapa Bahasa Melayu sememangnya mempunyai kedudukan dan kepentingan kepada dunia tetapi sayangnya tidak sedemikian kedudukannya dalam kalangan rakyat negara ini dalam memartabatkannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan," kata Abdul Mua’ti.
Hal ini adalah sebahagian dari perbincangan hangat dan  mendalam oleh pakar-pakar dan mereka yang cintakan bahasa Melayu melalui Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Perlaksanaan Dasar Bahasa USM pada 27 dan 28 November 2012 di sini.
Kira-kira 200 orang peserta mengambil bahagian dalam persidangan ini.
Terdapat juga harapan yang disuarakan dalam Persidangan ini agar satu hari pemimpin negara akan menggunakan Bahasa Melayu ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan di peringkat dunia dengan menghidupkan semula Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang pernah ditubuhkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997,” kata salah seorang panel dalam forum yang diadakan.
Cadangan juga dibuat agar Universiti Sains Malaysia (USM) dapat membawa resolusi yang dihasilkan melalui persidangan ini kepada Jawatankuasa Naib-naib Canselor IPTA dan menerajui usaha mengadakan Persidangan Bahasa Melayu Dunia sebagai kesinambungan dari persidangan ini.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Omar Osman yang merasmikan Persidangan ini menggesa agar usaha-usaha dan hala tuju yang jelas dalam memastikan usaha mendaulatkan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berkesan dapat dibuat agar dilakukan secara lebih berstrategi, berfokus dan realistik.
“Kita perlu berhenti dari menyalahkan orang lain kerana ia tidak mampu mengubah apa-apa, sebaliknya bekerja keras untuk terus meletakkannya di persada dunia,” tambah Omar.
Dalam kertas kerjanya, Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran dan Pendidikan: Sebuah Refleksi Berasaskan Sejarah dan Puisi, Profesor Dato’ Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga Pengarah Penerbit USM meminta agar perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak terhadap kedudukan Bahasa Melayu di negara ini perlu dibuat secara berterusan dan benar-benar diterjemahkan pula kepada tindakan dan azam politik yang nyata.
“Hanya dengan tindakan, kuasa dan azam politik baharulah segala halangan dapat dibuang dan Bahasa Melayu boleh dikembalikan semula sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran serta bahasa kesatuan,” kata Md. Salleh.
Turut membentangkan kertas kerja pada Persidangan ini ialah Profesor Emeritus Dato’ Nik Safiah Haji Abdul Karim dengan kertas kerjanya “Motivasi dan hala Tuju Bahasa Melayu”, Profesor Emeritus Abdullah Hassan dengan kertas kerjanya Bahasa Melayu sebagai bahasa Komunikasi, Profesor Dr. Teo Kok Seong yang membincangkan tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan dan Jati Diri, Profesor Baharudin Salleh dengan kertas kerjanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Dr. Fatimah Busu dengan kertas kerjanya Dilema dan hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka.
Pada akhir persidangan, resolusi telah dibentangkan Profesor Madya Dr. Hashim Othman, Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia yang menyeru  agar semua wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ahli akademik hendaklah memiliki jati diri berteraskan bahasa Melayu dan memperlihatkannya dengan jelas melalui penggunaan bahasa ini dalam semua urusan rasmi harian dalam usaha untuk menjayakan resolusi yang dipersetujui.
Menurutnya lagi, media elektronik khususnya stesen televisyen kerajaan dan swasta hendaklah menjadi model penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana pengaruhnya yang kuat terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja.
Tambahnya lagi, bagi menjayakan resolusi ini juga akhbar perdana bahasa Melayu perlu berperanan lebih agresif, sistematik dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu.
Malah kata Hashim, Persidangan ini juga dengan jelas menyatakan bahawa tanggungjawab memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu perlu dipikul oleh setiap warganegara Malaysia.
Menurut  Hashim lagi, usaha ini  dengan hasrat untuk memantapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan memperkasakan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan jati diri Malaysia.
Antara lain, resolusi Persidangan ini menegaskan:

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI.
2. Tidak melayan tuntutan untuk menghidupkan semula sekolah aliran Inggeris di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif.
4. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.
5. Menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
6. Memperjelas dan memperincikan perancangan dan pelaksanaan dasar MBM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membantu pentadbir dan guru melaksanakannya dengan berkesan di sekolah.

PEMERKASAAN DAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU

BAHASA PERPADUAN DAN JATI DIRI
1. KPM hendaklah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan semula sekolah wawasan dengan tujuan membolehkan berlakunya interaksi murid pelbagai etnik untuk memupuk perpaduan kebangsaan.
2. Pengetahuan dan kebolehan berkomukasi dalam bahasa Melayu hendaklah dijadikan hak asasi setiap murid berdasarkan prinsip “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.
3. KPM hendaklah bertegas melaksanakan kurikulum bahasa Melayu standard mulai Tahun 4 peringkat sekolah kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu murid.

MOTIVASI DAN HALA TUJU
1. Pembinaan motivasi untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu mestilah dipupuk sejak tahap awal pendidikan melalui pembinaan persekitaran yang menarik, berkesan dan memikat dengan pelbagai bahan yang inovatif dan kreatif.
2. Hala tuju bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan lambang jati diri Malaysia yang wajib difahami, dihayati dan diusahakan pencapaiannya oleh setiap pentadbir, pemimpin, pendidik dan ibu bapa.

BAHASA ILMU
1. Fokus pembelajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah mempunyai keseimbangan antara aspek akademik dengan penggunaannya dalam kegiatan pembelajaran di bilik darjah dengan sokongan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS).
2. Mengaktifkan semula jawatankuasa istilah setiap bidang ilmu pada peringkat kebangsaan bagi menyokong peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
3. Memperkayakan kepustakaan bahan yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai bentuk dengan tujuan menyokong pembinaan/minat dalam bidang sains dan teknologi
4. Setiap IPT perlu agresif melaksanakan pembangunan kapasiti kepakaran dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi melalui wahana bahasa Melayu untuk menjadi rujukan institusi pendidikan lain dan sektor swasta dengan galakan dan sokongan pihak pengurusan.

BAHASA KOMUNIKASI (DUNIA KORPORAT)
1. Meningkatkan kemampuan dan nilai bekerja melalui kemahiran bahasa Melayu.
2. Memperbanyakkan kursus komunikasi berkesan  seperti penulisan laporan, pengucapan awam, surat-menyurat, minit mesyuarat dalam bahasa Melayu.
3. IPTA mengadakan kursus-kursus komunikasi berkesan dengan melibatkan pihak swasta untuk memudahkan pihak pengurusan berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak bawahan.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING
IPT hendaklah mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu atau bekerjasama mengembangkan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat pembelajaran bahasa Melayu di luar negara.

BAHASA PENTADBIRAN 
1. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mempunyai  jati diri berteraskan bahasa Melayu untuk mengendalikan semua urusan rasmi harian.
2. DBP sebagai badan penasihat dan pemantau mesti dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau swasta dalam hal-hal berkaitan citra kebangsaan Malaysia. 
3. Jawatankuasa perancangan dan pemantauan  penggunaan bahasa Melayu peringkat kebangsaan perlu diwakili oleh wakil semua bidang atau sektor.